Rubinga Heritage

Pendedahan Awal Sunnah Berkuda (PASUB)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya

(Surah An-Nahl : 8)

Program bulanan ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai ilmu berkuda mengikut sunnah dan panduan keselamatan yang sepatutnya.

Meskipun anda masih mentah (beginner) atau telah mahir berkuda (professional), program yang penuh dengan falsafah ini tidak akan pernah mengecewakan!

Pengenalan

Joyride
Joyride

Industri berkuda semakin berkembang di Malaysia. Rakyat Malaysia kini mula berpeluang menikmati aktiviti joyride dan menunggang kuda di kandang-kandang yang kian bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Malah mereka ini mampu menawarkan harga-harga yang sangat berpatutan.

Di Malaysia, sukan berkuda seperti Polo, Jumping dan Endurance diperkenalkan oleh para penjajah kepada orang Melayu bermula dari golongan elit dan berpangkat tinggi seperti sultan, menteri dan bangsawan. Kemudian ia telah diperkembangkan secara meluas dalam unit ketenteraan dan Polis Diraja Malaysia dan seterusnya kepada masyarakat.

Jadi, bagaimana kita ingin memastikan kecenderungan kita dan anak-anak dalam sukan berkuda ini berlandaskan agama? Adakah kajian-kajian mengenai sukan berkuda menurut perspektif Islam? Dan bagaimanakah disiplin ilmu berkuda yang harus kita ambil tahu sebelum menyertai mana-mana kelas berkuda?

Kenapa PASUB 2.0?

PASUB 2.0 lengkap dengan pendedahan awal kepada rekreasi berkuda dan memanah yang mempunyai cabang-cabang ilmu yang sangat luas seperti jika berkuda kita ada banyak ilmu lain selain menunggang kuda, iaitu mengendalikan kuda, membersih kaki kuda, pemasangan ladam, pembersihan kandang dan banyak lagi. Manakala dalam memanah pula ada banyak teknik memanah tradisional yang diajarkan dari pelbagai negara.


8359_1776801422539612_6121817283967503717_n

Melalui modul PASUB 2.0 yang telah melalui kajian demi kajian selama lebih 10 tahun ini, anda akan mendapat ilmu:

  1. Hikmah dan falsafah berkuda
  2. Pendedahan awal mengenai pengendalian kuda
  3. Adab dan teknik sebenar menunggang kuda
  4. Merasai pengalaman rekreasi berkuda dan memanah yang menyeronokkan!

14192671_1259143894137796_4130703846595867374_n

Siapa Yang Perlu Mengikuti PASUB?

Modul PASUB telah lama diperkenalkan kepada orang ramai dari golongan kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa, tidak kira lah berdaftar sebagai public, sekolah-sekolah, kelab dan persatuan mahupun korporat. Namun begitu, untuk mendapatkan keberkesanan program, PASUB kini telah menetapkan had umur peserta kepada 10 tahun – 60 tahun sahaja.

Jika anda berminat untuk mendalami ilmu berkuda dan memanah di bawah penyeliaan Rubinga Heritage, anda diwajibkan menghadiri program PASUB untuk mendapatkan sijil terlebih dahulu sebagai lesen L dan syarat utama meskipun anda sudah handal dalam sukan berkuda atau memanah.

Apa Kata Alumni PASUB?

It was unforgettable experience especially for my son Muhammad Zareef. This was his 2nd visit to RH and he was as excited as if it was his first time there. Our whole family was also excited and we all felt that this should be our family activity.

What really touch my heart is the Owner/ President, Tuan Haji Rusnan shared his own belief and experience by relating how the horse riding activity is loved by our Rasulullah SAW. Every single touch and knowledge will be  accompany by Sunnah / Hadith. Its like attending kelas agama and to be able to practice it immediately. 

– Dalila Abdullah

Demo

Bagaimana Saya Ingin Sertai PASUB?

Program PASUB akan dijalankan pada setiap bulan di lokasi kedua-dua kandang tersebut;

  1. MAEPS Rubinga Equine Center, Serdang
  2. Rubinga Equestrian Park, Gombak

Untuk makluman mengenai tarikh semasa, anda boleh ikuti perkembangannya melalui Facebook Pendedahan Awal Sunnah Berkuda.

Program PASUB Terdekat:

1) Gombak

24 November 2019 (Ahad) 
8 pagi - 12 tengahari
Rubinga Equestrian Park, Gombak

2) Serdang

1 Disember 2019 (Ahad)
8 pagi - 12 tengahari
MAEPS Rubinga Equestrian Centre, Serdang

Kami turut menyediakan aktiviti memanah untuk para peserta.

Kami turut menyediakan aktiviti memanah untuk para peserta sementara menunggu giliran.

Tiket PASUB adalah berbeza mengikut umur;

  1. Dewasa RM120.00
  2. Remaja dan kanak-kanak RM90.00
  3. Berkumpulan: RM90.00/peserta untuk 5 orang

PERINGATAN! Ibu bapa/penjaga yang tidak mendaftar sebagai peserta tidak boleh menemani sepanjang program.

PAKEJ TERMASUK

🐴 Kelas teori
🐴 LIVE DEMO
🐴 Kelas praktikal
🐴 Makan minum

TERHAD! Untuk maklumat lanjut seperti tentatif program dan lain-lain, sila isikan borang pendaftaran di bawah:

Pembayaran

Bagi yang ingin menghadiri PASUB pada tarikh dan lokasi yang sudah tetap, anda boleh terus buat pembayaran sekarang. Klik butang di bawah. Sekian, terima kasih.

tempah-sekarang

Daftar Program (Waiting List)

Bagi yang ingin menghadiri PASUB pada tarikh akan datang/lokasi yang diingini, boleh isi borang ini.

Nama penuh (required)

Email (required)

No h/p WhatsApp (required)

Senarai nama dan umur peserta

Pilihan Lokasi PASUB

Bagaimana anda tahu PASUB?