Rubinga Heritage

Kelab

Logo Sahabat Kud

Pengenalan

Kelab Sahabat Kuda (KSK) didaftarkan secara rasminya pada Mac 2019 sebagai langkah besar selepas tercetusnya program pengendalian kuda (sukarelawan/krew) di kandang kuda cawangan Rubinga Heritage.

Program Praktikal Pengurusan Kuda (PENGENDALI) adalah sebuah program yang sangat menarik. Peserta akan mempelajari ilmu mengurus kuda seperti memandikan kuda, beri makan dan minum kuda, mengurus tinja kuda, membersihkan kandang dan banyak lagi aktiviti yang memberi peluang kepada kita untuk mengenali kuda dengan lebih dekat! Aktiviti ringan seperti ini juga adalah merupakan terapi emosi kepada peserta.  

Antara amalan Nabi Muhammad SAW juga adalah berkuda. Tentu ada hikmah yang begitu besar di sebalik amalan ini sehingga menjadikan baginda seorang pemimpin yang paling hebat sepanjang zaman. Rasulullah SAW amat menjaga kebajikan kuda-kuda baginda. Baginda menamakan setiap kuda-kudanya, memberi makan dan minum malah sentiasa memastikan kuda baginda dalam keadaan sihat dan terjaga meskipun dalam peperangan atau musafir.

pasub

Masyarakat Barat sendiri telah mengkaji dan menternak kuda dengan begitu banyak sekali, malah menggalakkan anak-anak kecil mereka bermain dengan kuda bagi tujuan melatih sifat kepimpinan, bertanggungjawab, rendah diri, tenang, tegas, pandai berkomunikasi dan banyak lagi. Mereka menjadikan kuda sebagai alat pembelajaran dalam kehidupan! Antara aktiviti yang akan dilaksanakan oleh para PENGENDALI adalah:

535252_1776801399206281_3738258834123998252_n

Syarat Mengikuti Kelab Sahabat Kuda

  1. Berumur 10 tahun ke atas.
  2. Alumni program Pendedahan Awal Sunnah Berkuda (PASUB).

Yuran Kelab

 

RM100 seorang.

Pendaftaran Kelab

Sila ikut langkah yang diberi untuk mendaftar program.

Sila login ke akaun bank anda dan lakukan “fund transfer” ke akaun bank dibawah. Selain itu boleh juga melakukan pembayaran secara cash in, ATM transfer dan lain-lain cara ke akaun ini.

VISI MANTAP SDN BHD

564548120687 Maybank

Email : pasubrsk@gmail.com

Isi Borang Pendaftaran

Setelah anda buat bayaran, sila isi borang di bawah lengkap dengan data yang benar dan sah sahaja. Sebarang maklumat palsu adalah dilarang sama sekali. IP anda akan direkod untuk tujuan keselamatan.

* menandakan ruangan tersebut WAJIB di isi.

Nama penuh (required)

Email (required)

No H/p WhatsApp (required)

Alamat Surat Menyurat

Jumlah Peserta

Senarai Nama Peserta dan Umur Mereka

Lokasi Praktikal

Jumlah Bayaran (required)

Kaedah Pembayaran

Tarikh Bayaran

Bukti Bayaran (jika perlu)

Upload Bukti Bayaran