RH riadah berkuda telah diusahakan 10 tahun yang lalu dan atas kesedaran hidup beragama, hasrat ingin menyumbang sesuatu yang berfaedah kepada ummah dan menyedari bagaimana Allah swt mendidik nabi-nabiNya melalui hidup sebagai gembala. Konsep mendedahkan, mendidik anak-anak kita dengan mengkagumi ciptaan Allah swt berbanding dengan ciptaan manusia mampu membentuk anak-anak kita memiliki sifat Ihsan yaitu menjiwai adanya Allah yang sentiasa dekat dengan kita dan mengkagumi Penguasa Alam ini yang mesti ada pada setiap Muslim.
